Bagaimana Merawat hati Yang TerLuka..  

Posted by Big's G


emosi yang terluka mungkin bermula dari hanya calar yang kecil, namun rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku mencetuskan emosi negatif yang setiap kali satu peristiwa selesai kesan calar bertambah besar dan emosi negatif mula membukit seterusnya menggunung yang andai meletus akan mengeluarkan lahar yang panas dan membahang dan akhirnya menjadi luka yang dalam dan sensitif.

bagaimana mahu merawat hati yang terluka ini?

muhasabah dulu punca kelukaan.

1. kebanyakan punca datang dari hati yang tidak redha.

2. hati yang tidak redha terjadi kerana tapaknya kotor dan hitam.

3. tapak hati hitam dan kotor kerana banyak melakukan maksiat.

4. maksiat berlaku kerana berpunca dari makanan yang tidak bersih dan halal.

5. makanan yang tidak bersih dan halal membuatkan kita melewatkan solat atau terus mengabaikannya kerana hati tidak rasa bersalah mensia-siakan solat.

andai kita jaga pemakanan , maka 80% solat kita terjaga., bila solat dapat dijaga, kita mudah mendapat solat yang khusyuk. apabila solat kita khusyuk, kita mampu membersih hati dan menjaga peribadi.

apabila peribadi terjaga, hati bersih. emosi tidak mudah tercalar kerana kita berupaya sabar dan mengakui segala sesuatu yang berlaku adalah kerana izin Ilahi dan pastinya ada hikmah disebaliknya.

meyakini sesuatu itu yang terbaik untuk kita kerana ia datang dari Allah memerlukan fokus.

untuk fokus bahagian hipothalamus otak perlu kuat dan bertenaga.

untuk mendapat hipothalamus yang kuat dan bertenaga kita perlukan tidur delta dan tidur delta hanya boleh dicapai bila kita menjaga adab tidur dan tidur seawal lepas isyak dan bangun tahajud di 2/3 malam.

emosi yang terluka adalah lemparan cas-cas elektromagnet yang boleh dikawal hanya dengan menggunakan mind power atau kekuatan minda.

semudah mengatakan aku berfikiran positif dan percaya.

cuballah. katakan sekarang , ” aku berfikiran positif , aku redha, aku menyayangi diriku dan aku menerima diriku seadanya”. sertakan dengan tapping, keberkesanannya melonjak.

hidup ceria, berilmu .

Posted by intanrohaida

This entry was posted on Sunday, June 7, 2009 at 3:35 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 Komen

Post a Comment