sebab kedua kenapa sambutan ini paling meriah.. selama aku menyertai hari keluarga kasih.. kali ini sukaneka kami di sertai oleh mereka yang mengajar kami selama 3 tahun setengah ini.. sampai aku tak perasan pensyarah aku ada di kalangan kawan-kawan dan junior.. sebab selama ini aku anggap kami-kami je.. malu juga bila tak tegur dulu.. pensyarah tu yg tegur aku dulu.. sekali lagi terdetik dalam fikiran aku.. insyallah ada harapan baru untuk memulihkan nama pendidik kami yang selalu bermain dibibir pelajar-pelajar dan staff upc sendiri.. kenapa beliau tidak ada masa kami di semester 1 lagi.. apabila kami dah menghabiskan sisa di upc.. baru lah dapat mengenali beliau dengan lebih dekat.. harapan aku semoga bnk akan di "rebrandingkan" semula...amin..
sebab ketiga pula kerana.. jawatankuasa pelaksana itu sendiri.. selama kami mengenali semester 6.. mereka sangat menghormati kami.. dan kami sendiri dapat rasai semester 6 adalah batch yang kebanyakan rapat dengan batch semester 7 berbanding dengan semester yang lain, disebabkan itu.. aku dan kawan-kawan yang mengenali mereka ini akan sentiasa menyertai setiap program yang mereka laksanakan .. walaupun tak semua hadir.. tetapi mesti ada wakil dari semester kami.. secara peribadi tahniah aku ucapkan kepada j/kuasa pelaksana.. mmg byk cabaran menjadi wakil kepada pelajar .. sbb aku pernah berada di situasi mereka.. betapa susahnya hendak mendapatkan sambutan dan sokongan daripada koz kaunseling itu sendiri.. sama ada pelajar ataupun pensyarah.. hanya mereka yang ada dalam persatuan sahaja yang dapat merasainya..pengalaman sebegini la yang dapat kita guna di sekolah nanti.. insyallah.. ada umur yang panjang.. kita akan jadi rakan sekerja di sekolah nanti... amin...
erm.. letih tangan aku menaip.. banyak lagi boleh cerita.. tapi aku rasa setakat ini saje yg mampu aku nak tulis malam ni.. sbb banyak lagi asgmnt nak kena wat... uhuhuhuhuh... nanti aku akan tulis lagi... insyaallah...